Saturday, August 09, 2008

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24

Pada tarikh 6 April 2008, telah berlangsung satu lagi agenda utama sekolah iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Dengan adanya mesyuarat seperti ini, ibubapa, penjaga dan guru dapat membincangkan pelbagai agenda untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan. Selain itu ibubapa dan para guru serta pihak pentadbir boleh berkongsi pendapat dan secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid semasa berada di kawasan sekolah. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapatlah pihak sekolah merapatkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin di antara ibubapa, penjaga dan seterusnya masyarakat setempat bersesuaian dengan fungsi sekolah sebagai pusat komuniti masyarakat setempat.

No comments: