Temasya Sukan Sekolah kali ke 24 telah diadakan pada 20 hb April 2008 dengan penuh semangat kesukanan dan kemeriahan.Semua guru dan murid-murid berkerja keras untuk memastikan rumah sukan mereka mendapat kejayaan.Rumah-rumah sukan dihias dengan cantik
Temasya dimulakan dengan perarakan setiap rumah sukan,iaitu Waja(Hijau),Perkasa(Kuning),Juara(Merah) dan Wira(Biru).Perarakan begitu meriah kerana setiap rumah sukan tampil dengan maskot dan motto masing-masing.Temasya ini dirasmikan oleh Pegawai PPD Kuantan.
Sunday, August 10, 2008
KEM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6
Unit Kauseling Sk Balok telah mengadakan Kem Motivasi untuk murid-murid Tahun 6 sessi 2008.Aktiviti ini berlangsung selama 2 hari 1 malam,bermula pada 8-9 hb April, bertempat di Taman Pertanian.
Program ini diadakan bertujuan memberi motivasi kepada murid-murid bagi menghadapi UPSR yang bakal tiba.Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi menguatkan fizikal dan mental mereka.Penceramah-penceramah yang berpengalaman telah dijemput untuk mengendalikan program ini.
Program ini diadakan bertujuan memberi motivasi kepada murid-murid bagi menghadapi UPSR yang bakal tiba.Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi menguatkan fizikal dan mental mereka.Penceramah-penceramah yang berpengalaman telah dijemput untuk mengendalikan program ini.
Saturday, August 09, 2008
SELAMAT HARI GURU
BUAT WARGA PENDIDIK...
Guru berjasa, mendidik bangsaku,
Hidup berilmu dan berhemah mulia,
dukung cita negara, junjung wawasan mulia,
berteraskan Falsafah Pendidikan.
Guru berbakti, setulus hatinya,
Ikhlas serta jujur setia,
Demi bangsa Malaysia, negara yang tercinta,
Kualiti pendidikan terus ditingkatkan,
Guru berkualiti, aspirasi negara,
Menjulang martabat Malaysia,
Masyarakat harmoni berperibadi,
Nilai murni berjati diri.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24
Pada tarikh 6 April 2008, telah berlangsung satu lagi agenda utama sekolah iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Dengan adanya mesyuarat seperti ini, ibubapa, penjaga dan guru dapat membincangkan pelbagai agenda untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan. Selain itu ibubapa dan para guru serta pihak pentadbir boleh berkongsi pendapat dan secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid semasa berada di kawasan sekolah. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapatlah pihak sekolah merapatkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin di antara ibubapa, penjaga dan seterusnya masyarakat setempat bersesuaian dengan fungsi sekolah sebagai pusat komuniti masyarakat setempat.
Friday, August 08, 2008
PKSR 1
Murid- murid mula menghadapi penilaian yang pertama untuk sesi 2008.PKSR 1 bermula pada 03 Mac hingga o5 Mac 2008.PKSR 1 bertujuan menilai prestasi dan kemampuan murid-murid terhadap P&P.
SELAMAT MENJAWAB!.......GOOD LUCK!!!!!!
SELAMAT MENJAWAB!.......GOOD LUCK!!!!!!
LATIHAN RUMAH SUKAN
Sepanjang bulan Februari, keseluruhan warga SK Balok sangat sibuk dengan persediaan untuk menyambut Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah. Rata-rata kelihatan sangat bersemangat untuk mengungguli acara sukan tahunan pada tahun ini.
Murid-murid telah dibahagikan dengan 4 buah rumah sukan pada tahun ini. Rumah sukan tersebut ialah Waja (biru), Perkasa (kuning), Wira (hijau) dan Juara (merah).
Guru-guru juga telah menunjukkan sikap dan komitmen yang padu serta jitu dalam menjayakan kejohanan kali ini. Mereka juga turut bersaing untuk memastikan pasukan mereka adalah yang terbaik untuk kejohanan kali ini.
Majulah sukan untuk semua.
Malaysia boleh!
SK Balok pun boleh juga!!!
Murid-murid telah dibahagikan dengan 4 buah rumah sukan pada tahun ini. Rumah sukan tersebut ialah Waja (biru), Perkasa (kuning), Wira (hijau) dan Juara (merah).
Guru-guru juga telah menunjukkan sikap dan komitmen yang padu serta jitu dalam menjayakan kejohanan kali ini. Mereka juga turut bersaing untuk memastikan pasukan mereka adalah yang terbaik untuk kejohanan kali ini.
Majulah sukan untuk semua.
Malaysia boleh!
SK Balok pun boleh juga!!!
PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA /PENJAGA,PIBG DAN GURU TAHUN 6
Pada 31 hb Januari 2008,pihak pentadbir sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan dengan ibu bapadan penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar tahun 6. Guru besar juga mencadangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan bagi meningkatkan prestasi UPSR 2008. Pihak PIBG memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti tersebut.
PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER
Pada 28 hb Januari 2008, Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber untuk sesi persekolahan 2008.Pengawas yang baru dilantik,akan membaca ikrar dan menandatangani watikah perlantikan mereka dihadapan murid- murid yang lain dan disaksikan oleh Guru Besar dan NYDP PIBG.
Majlis juga turut menjemput Ketua Balai Polis Beserah untuk menyampaikan ucapan bagi memberi semangat kepada pengawas-pengawas.Ketua Balai Polis Beserah mengigatkan kepada pengawas-pengawas bahawa mereka insan yang bertuah dan memegang amanah yang berat dalam membantu guru-guru menjaga prestasi disiplin sekolah.
Majlis juga turut menjemput Ketua Balai Polis Beserah untuk menyampaikan ucapan bagi memberi semangat kepada pengawas-pengawas.Ketua Balai Polis Beserah mengigatkan kepada pengawas-pengawas bahawa mereka insan yang bertuah dan memegang amanah yang berat dalam membantu guru-guru menjaga prestasi disiplin sekolah.
Berbaris sebelum menerima watikah perlantikan...
Ikrar sebagai pengawas
menandatangani perjanjian perlantikan
KEJOHANAN PERINGKAT ZON
SK Balok juga tidak Ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan sukan pada peringkat zon. Sekolah ini berada dalam Zon Jaguh yang melibatkan berberapa lagi sekolah yang berhampiran seperti SK Balok Makmur, SK Balok Baru, SK Beserah, SK Sg Ular, SK Sg Baging, dan SK Cherating. antara kejohanan peringkat zon yang disertai oleh SK Balok ialah kejohanan bolasepak yang telah diadakan di SK Balok Baru, Kejohanan Olahraga di Stadium Darul Makmur, Kejohanan Bola Baling di SK Beserah, dan juga kejohanan Bola Jaring di SK Beserah. beberapa kejayaan juga turut dicatat oleh pasukan-pasukan sekolah ini seperti mendapat 1 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa dalam kejohanan olahraga, johan bagi Zon Jaguh dalam Kejohanan Bola Jaring dan Bola Baling Lelaki serta naib johan Zon Jaguh Bagi acara Bola Baling Perempuan...
Pasukan Bola Sepak Sekolah
Pasukan OLahraga Sekolah
Wednesday, August 06, 2008
LATIHAN PASUKAN SEKOLAH
Sepanjang bulan Januari juga pasukan bola sepak , bola baling , ragbi, olahraga dan bola jaring sekolah telah giat mengadakan latihan untuk mewakili sekolah ke peringkat Zon Jaguh. Latihan diadakan pada setiap petang bermula dari pukul 4.00 petang hingga pukul 6.00 petang.
Latihan dijalankan secara intensif bertujuan untuk meningatkan stamina dan kemahiran-kemahiran khusus dalam permainan serta mendedahkan kepada peraturan permainan yang sebenar. Guru-guru penasihat dan jurulatih memberi komitmen yang padu dan jitu dalam melatih serta membakar semangat pasukan sekolah.
Latihan dijalankan secara intensif bertujuan untuk meningatkan stamina dan kemahiran-kemahiran khusus dalam permainan serta mendedahkan kepada peraturan permainan yang sebenar. Guru-guru penasihat dan jurulatih memberi komitmen yang padu dan jitu dalam melatih serta membakar semangat pasukan sekolah.
MESYUARAT AGUNG KELAB, PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM
Pada 18 Januari 2008 murid-murid Sekolah Kebangsaan Balok telah berkumpul mengikut kelab dan persatuan masing-masing untuk pertama kali bagi tahun 2008. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa kelab dan persatuan masing-masing. Pemilihan mereka adalah melalui proses demokrasi pengundian secara adil dan saksama. Setiap calon yang terpilih diberi masa 3 minit untuk memberi ucapan.Proses ini bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada murid yang terpilih.
PBSM...
TKRS...
Tuesday, August 05, 2008
MESYUARAT PANATIA
Mesyuarat panatia kali pertama untuk sesi 2008 telah diadakan pada hari sabtu 12 Januari... mesyuarat kali pertama ini adalah penting untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun, disamping untuk menambah baikkan setiap aktiviti yang telah dilakukan pada tahun sebelumnya..
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 24
Pada 16 Januari yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan SK Balok kali ke 24, bertempat di Dewan sekolah.. Mesyuarat Agung PIBG adalah salah satu agenda penting buat para Ibubapa Penjaga untuk mengetahui agenda yang telah dirancangkan buat anak-anak masing-masing disekolah ini... selaini itu juga melalui mesyuarat Agung ini juga para ibubapa penjaga dapat mengemukakan usul-usul penambahbaikan terhadap aktiviti yang telah dan akan dijalankan...
SESI BARU 2008
Sesi baru persekolahan bagi tahun 2008 bermula pada 03 Januari... pada tahun ini SK Balok menerima murid berdaftar seramai 1214 orang.. daripada jumlah tersebut seramai 200 orang adalah murid baru tahun satu manakala yang selebihnya adalah murid sedia ada.. pada hari pertama persekolahan pelbagai ragam terutama murid tahun satu... ada yang ceria dan ada juga yang nampak sugul kerana terpaksa berpisah sementara dengan mak-ayah... walaupun sebenarnya mak-ayah ada menemani anak-anak... di sini dapat dilihat peranan guru-guru menggunakan segala pengalaman untuk memujuk anak-anak ini untuk membuat segala aktiviti yang telah dirancangkan kepada mereka supaya biasa dengan suasana persekolahan... kejutan budaya juga dapat dilihat pada murid-murid tahun 4... maklumlah sebelum ini mereka bersekolah pada sesi petang ketika tahun 3... tahun ni pula terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah
Hari pertama persekolahan
Subscribe to:
Posts (Atom)